Friday, June 29, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME


28 JUN 2012 – Tarikh keramat ni merupakan waktu aku dilahirkan oleh ibu yang sangat aku sayangi.  Lebih tepat adalah sekitar jam 7:00 malam iaitu sedang ibu bapa orang lain sedang sibuk menyuruh anak-anaknya masuk kerumah kerana sudah senja, aku pula sibuk ingin keluar, dan aku pasti aku tidak dilahirkan di hospital, kerana di surat beranak tidak tercatit mana-mana nama hospital, yang ada cuma "Kampung Sungai Puteh, Ampang, Selangor" yang mengisi ruang "tempat lahir" surat beranak aku.  Memang sangat tak tau sabar.

Kini aku dah semakin dewasa, sudah 24 tahun aku hidup, tekun menjalani  kepingan cerita yang disusun oleh-Nya dengan redha.  Seperti biasa, aku yakin yang hari lahir aku tahun ni sama seperti tahun-tahun yang sudah, tak akan ada yang baru.  Ucapan melalui facebook oleh teman-teman yang peduli, ucapan dari pesanan ringkas, dan juga salah seorang kawan yang dari awal remaja memang telah jadi bahagian hidup aku.  Oh lupa, juga ucapan dari syarikat telekomunikasi.  Terima kasih.  Anda memang sangat prihatin.


Monday, June 25, 2012

ULASAN : BUKU MUSLIMEEN UNITED



Tidak diragukan buku yang dihasilkan oleh saudara Nama Nami ini sangat berilmiah dan berguna sebagai pengetahuan am bagi semua peminat bola sepak malaysia (merujuk dimana ianya diterbitkan dan bahasa yang digunakan) baik yang menyokong parti merah berkeris mahupun parti hijau berbulan putih. Mengapa saya berkata begitu kerana ianya terbukti, dengan bolasepak kita boleh ketepikan dahulu perbezaan fahaman politik, siapa yang rasuah siapa yang tidak (kecuali FAM!!), siapa kafir dan siapa islam.  Sebab itu ia menjadi sukan nombor satu dunia dengan peminat yang paling ramai.

Berketebalan lebih kurang sama dengan satu lagi buku terawal terbitan Dubook Press iaitu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia@CMTKPD  versi online, setiap 20 individu atau susuk, perkataan yang digunakan oleh saudara Nama Nami di dalam buku ini, diceritakan dan diolah dengan sangat tersusun. Setiap cerita diawali dengan serba sedikit biodata susuk yang diceritakan, dimana dia membesar, bagaimana karier bolasepaknya bermula, sedikit berkenaan apa yang berlaku semasa berkarier dalam bolasepak dan diakhiri bagaimana karier setiap susuk diperingkat antarabangsa.  Apa yang boleh saya simpulkan, ianya jauh lebih menarik dari anda membaca laman wikipedia atau mana-mana laman sesawang bagi mengetahui biodata setiap susuk ini.

Wednesday, June 20, 2012

SANDOKAN, SEBUAH HIKAYAT YANG DIPINGGIRKAN



Kita semua pasti mafhum berkenaan hikayat Hang Tuan dan 4 saudaranya, atau paling tidak, serba sedikit kita tahu berkenaan kisah hulubalang-hulubalang Empayar Melayu Melaka ini (pengkaji sejarah juga ada yang berpendapat bahawa 5 saudara ini bukan melayu).  Bahkan pasti ada diantara kita semua pernah dengar dengan berbagai mitos, lagenda dan hikayat melayu seperti Naga Tasik Chini, Puteri Gunung Ledang, Merong Mahawangsa (sudah pun di filemkan oleh KRU Studios), Mahsuri dan sumpahannya, dan berbagai-bagai lagi.

Tapi pernah atau tidak kita mendengar berkenaan SANDOKAN, HARIMAU MALAYA?? Malah untuk melengkapkan tanda tanya kita semua, ia di hikayatkan, diceritakan dan dibukukan oleh seorang Itali bernama Emilio Salgari.  Saya bernasib baik kerana Institut Terjemahan Negara Malaysia mengalih setiap kata dalam kandungan buku ini kepada bahasa melayu dan akhirnya dapatlah saya mendalami dan memahami setiap yang cuba disampaikan dan diimaginasikan oleh penulis.

Monday, June 18, 2012

JIWA BERGOLAK 18 JUN 2012




Jiwa yang selama ini tenang,
Hari ini bagai digoncang sang raksasa garuda,
Hati yang selama ini tenteram,
Kini bergetar menyahut untuk bertahan..

Apa ini batas maksima sabar,
Atau memang aku layak untuk meluahkannya..

Marah
Ia bisa jadi parah,
Ada yang pernah sampai bertumpahan darah,
Hanya kerana tak bisa mengawal amarah..

Aku,
Aku bukan orang seperti itu,
Bukan pencari masalah,
Tapi paling tidak,
Aku tahu,
Aku memang layak untuk berasa marah,
Jika puncak sabarku dibedil nista..

Saturday, June 16, 2012

Awek Chuck Taylor dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Aku









2011 - Setelah hampir setahun lebih aku membaca dan mengikut penulisan saudara Nami di Teh Tarik Gelas Besar, akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba beli dan seterusnya membaca isi kandungan novel hasil garapan beliau ini.  Sebelum itu, aku juga pernah cuba yakinkan diri untuk menjadikan novel Pengejar Bintang atau Bau Semangat Anak Muda sebagai yang pertama yang aku beli  kerana minat aku sendiri, dan bukannya arahan dari pihak sekolah untuk lulus peperiksaan Bahasa Malayu. Tetapi setelah aku membaca di ruangan komen berkenaan pelbagai masalah dan kecelaruan saudara Nami berkenaan penyediaan dan penghantaran buku itu pada masa tersebut, aku pendamkan semula keinginan itu.

Friday, June 15, 2012

PENYOKONG BOLASEPAK SEBERANG, SESUATU YANG BOLEH KITA CONTOHI..


 Slemania

Bolasepak atau sepakbola seperti yang disebut disana adalah kegilaan bagi setiap rakyat Indonesia.
Tapi bukan kegilaan atau kefanatikan itu yang aku nak cerita kt sini. Tetapi tentang keberhasilan kelompok-kelompok penyokong tegar itu membina imej mereka seterusnya memberikan sokongan dan tetap berdiri teguh bersama pasukan atau kelab masing-masing tidak kira apa jua keadaan.  Walaupun di peringkat nasional, pasukan negara dan pengurusan mereka mengalami pelbagai masalah (lebih kurang FAM jgk...).

Kita disini mungkin kenal siapa itu Ultras Malaya, sape tak kenal memang sahih tak penah pegi stadium kalo ade game malaysia. Mereka ini merupakan kelompok penyokong tegar bagi pasukan Harimau Malaya yang berdiri teguh tak kira bangun atau jatuhnya pasukan kebangsaan kita (bukan ni jugak yang aku nak citer sebenarnye..).

Jadi ape yang ko nak citer sebenarnye wei??!!.