Saturday, July 28, 2012

ULASAN : NOVEL NEGERI 5 MENARA



Apa yang aku boleh kongsikan berkenaan novel ini..??? terlalu banyak!! Sungguh, novel yang penuh dengan inspirasi!  Awal kisah menceritakan remaja bernama Alif Fikri baru sahaja lulus Sekolah Agama Negeri, dan dia diminta oleh ibunya untuk menyambung pelajaran ke sekolah aliran agama@ pondok, sedangkan kemahuan asalnya adalah melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Atas (SMA) agar dia dapat mengejar cita-citanya menjadi jurutera.

Tetapi, dengan berat hati, Alif menuruti kehendak ibunya dan dia memilih Pondok Madani yang terletak di pulau Jawa, hasil saranan pakciknya yang bernama Gindo, untuk mendalami ilmu agama seperti kemahuan ibunya.  Alif sebelum ini tidak pernah meninggalkan Danau Maninjau, daerah Bukit Tinggi di wilayah Sumatera, dan keputusannya ke Jawa juga sempat diragukannya sendiri.

Tidak disangka.  Dengan perjalanan berhari-hari yang ditempuh, Pondok Madani memang jauh seperti apa yang dibayangkan, malah lebih hebat dari apa yang diberitahu pakciknya iaitu Pakcik Gindo.  Di pondok ini, para pelajar bebas mengembangkan bakat yang mereka punya dari segi kesenian seperti melukis, bermain alat muzik, teater, menulis puisi sehingga ke bidang penulisan kewartawanan, bidang sukan dan sebagainya.  Tapi, untuk memasuki sekolah pondok ini, Alif perlu melepasi ujian kemasukan, iaitu terdiri dari ujian bertulis, ujian lisan dan temuduga.

Friday, July 27, 2012

Bicara Bola - Oleh Penulis Hebat, Lucius Maximus

Artikel asal ini juga boleh didapati di Trankuiliti Tronoh. Ianya berkisarkan liga Malaysia pada musim 2009.  Walaupun merupakan artikel lama, idea yang diberikan sangat bernas dan memang boleh diterapkan (jika FAM mahu berubah) untuk perubahan Liga M yang lebih baik. Saya mengajak anda semua baca artikel ini dengan teliti walau ianya sedikit panjang.


2 peringkat Liga Malaysia
...

Ke mana arah kita, kini di kedudukan 158 dalam ranking FIFA, Liga Super kita di kedudukan 18 dan diberi Gred D dalam Asia dan selepas kekalahan memalukan 5-0 di tangan UAE masih segar dalam ingatan?

Bolasepak kita terus merudum jatuh. Dan kita masih tercari-cari formula untuk memartabatkan bolasepak kita sedang FAM terus dengan janji-janji membawa perubahan drastik mereka, seperti lazimnya setiap kali pasukan kebangsaan kecundang.

Serentak dengan itu juga pelbagai pihak muncul dengan idea dan saranan untuk mengubah nasib bolasepak Malaysia. Ada yang mencadangkan agar pucuk pimpinan FAM diubah, ada yang mahu pemain import kembali dibawa masuk dan ada yang mahu pasukan kebangsaan dibubarkan.

Ada juga, seperti yang aku baca di Utusan Malaysia, memberi idea yang tidak masuk akal, seperti menghantar skuad pelapis negara untuk bermain dalam liga simpanan di Brazil atau Argentina, disertai guru agama Islam dan tukang masak masakan Malaysia jika perlu.

Aku juga mampu untuk memberi idea dan saranan demi memartabatkan bolasepak Malaysia. Malah jika diikutkan hati aku boleh menyediakan satu kertas kerja dan pelan pembangunan setebal 1000 mukasurat jika perlu, disokong dengan fakta dan kaji selidik. Tapi aku bukan pegawai FAM, jauh sekali dibayar gaji oleh FAM. Dan berstatus sebagai orang luar peluang untuk idea aku diterima pakai oleh FAM agak tipis. Apatah lagi bila aku bukannya kerabat raja atau orang kenamaan berpangkat Datuk.

Oleh itu syor di bawah ini adalah seringkas mungkin idea dan saranan aku untuk bolasepak Malaysia. Ia bukanlah satu jaminan pasti yang akan mengembalikan martabat bolasepak kita, tapi paling tidak ianya adalah langkah yang perlu diambil dan dipertimbangkan jika kita tidak mahu bolasepak Malaysia terus hanyut dan tenggelam.

Apa langkah pertama kita?


Saturday, July 21, 2012

MEMBERSIHKAN SEBELUM BERSAWANG

Salam Ramadhan,

Dah lama jugak rasenye aku tak menulis sekaligus berkongsi ape yang aku lalui dan aku rasa dalam hidup aku sepanjang waktu, hari, dan minggu-minggu yang aku tempuh sebelum ini. Ada cerita pasal persatuan bola yang bacul @ pondan yang pada masa yang sama di permainkan dan diperbodohkan oleh persatuan negara yang satu lagi di pentas antarabangsa.  Marah. Ya, marah itu memang ada.  Tapi, kita sendiri tahu tahap ke-profesionalan dan cara kerja puak-puak ni macam mana. Macam beruk. Beruk mane reti buat keje. 

Gambar Diambil Dari Page PFSLJ

Tak. Aku tak nak citer pasal puak-puak beruk ni pun. Ini cuma salah satu perkara yang berlaku di Malaysia yang mana menarik perhatian aku pada hari-hari sebelumnya.