Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

ULASAN : NOVEL NEGERI 5 MENARA



Apa yang aku boleh kongsikan berkenaan novel ini..??? terlalu banyak!! Sungguh, novel yang penuh dengan inspirasi!  Awal kisah menceritakan remaja bernama Alif Fikri baru sahaja lulus Sekolah Agama Negeri, dan dia diminta oleh ibunya untuk menyambung pelajaran ke sekolah aliran agama@ pondok, sedangkan kemahuan asalnya adalah melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Atas (SMA) agar dia dapat mengejar cita-citanya menjadi jurutera.

Tetapi, dengan berat hati, Alif menuruti kehendak ibunya dan dia memilih Pondok Madani yang terletak di pulau Jawa, hasil saranan pakciknya yang bernama Gindo, untuk mendalami ilmu agama seperti kemahuan ibunya.  Alif sebelum ini tidak pernah meninggalkan Danau Maninjau, daerah Bukit Tinggi di wilayah Sumatera, dan keputusannya ke Jawa juga sempat diragukannya sendiri.

Tidak disangka.  Dengan perjalanan berhari-hari yang ditempuh, Pondok Madani memang jauh seperti apa yang dibayangkan, malah lebih hebat dari apa yang diberitahu pakciknya iaitu Pakcik Gindo.  Di pondok ini, para pelajar bebas mengembangkan bakat yang mereka punya dari segi kesenian seperti melukis, bermain alat muzik, teater, menulis puisi sehingga ke bidang penulisan kewartawanan, bidang sukan dan sebagainya.  Tapi, untuk memasuki sekolah pondok ini, Alif perlu melepasi ujian kemasukan, iaitu terdiri dari ujian bertulis, ujian lisan dan temuduga.

Monday, June 25, 2012

ULASAN : BUKU MUSLIMEEN UNITED



Tidak diragukan buku yang dihasilkan oleh saudara Nama Nami ini sangat berilmiah dan berguna sebagai pengetahuan am bagi semua peminat bola sepak malaysia (merujuk dimana ianya diterbitkan dan bahasa yang digunakan) baik yang menyokong parti merah berkeris mahupun parti hijau berbulan putih. Mengapa saya berkata begitu kerana ianya terbukti, dengan bolasepak kita boleh ketepikan dahulu perbezaan fahaman politik, siapa yang rasuah siapa yang tidak (kecuali FAM!!), siapa kafir dan siapa islam.  Sebab itu ia menjadi sukan nombor satu dunia dengan peminat yang paling ramai.

Berketebalan lebih kurang sama dengan satu lagi buku terawal terbitan Dubook Press iaitu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia@CMTKPD  versi online, setiap 20 individu atau susuk, perkataan yang digunakan oleh saudara Nama Nami di dalam buku ini, diceritakan dan diolah dengan sangat tersusun. Setiap cerita diawali dengan serba sedikit biodata susuk yang diceritakan, dimana dia membesar, bagaimana karier bolasepaknya bermula, sedikit berkenaan apa yang berlaku semasa berkarier dalam bolasepak dan diakhiri bagaimana karier setiap susuk diperingkat antarabangsa.  Apa yang boleh saya simpulkan, ianya jauh lebih menarik dari anda membaca laman wikipedia atau mana-mana laman sesawang bagi mengetahui biodata setiap susuk ini.

Wednesday, June 20, 2012

SANDOKAN, SEBUAH HIKAYAT YANG DIPINGGIRKAN



Kita semua pasti mafhum berkenaan hikayat Hang Tuan dan 4 saudaranya, atau paling tidak, serba sedikit kita tahu berkenaan kisah hulubalang-hulubalang Empayar Melayu Melaka ini (pengkaji sejarah juga ada yang berpendapat bahawa 5 saudara ini bukan melayu).  Bahkan pasti ada diantara kita semua pernah dengar dengan berbagai mitos, lagenda dan hikayat melayu seperti Naga Tasik Chini, Puteri Gunung Ledang, Merong Mahawangsa (sudah pun di filemkan oleh KRU Studios), Mahsuri dan sumpahannya, dan berbagai-bagai lagi.

Tapi pernah atau tidak kita mendengar berkenaan SANDOKAN, HARIMAU MALAYA?? Malah untuk melengkapkan tanda tanya kita semua, ia di hikayatkan, diceritakan dan dibukukan oleh seorang Itali bernama Emilio Salgari.  Saya bernasib baik kerana Institut Terjemahan Negara Malaysia mengalih setiap kata dalam kandungan buku ini kepada bahasa melayu dan akhirnya dapatlah saya mendalami dan memahami setiap yang cuba disampaikan dan diimaginasikan oleh penulis.

Saturday, June 16, 2012

Awek Chuck Taylor dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Aku









2011 - Setelah hampir setahun lebih aku membaca dan mengikut penulisan saudara Nami di Teh Tarik Gelas Besar, akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba beli dan seterusnya membaca isi kandungan novel hasil garapan beliau ini.  Sebelum itu, aku juga pernah cuba yakinkan diri untuk menjadikan novel Pengejar Bintang atau Bau Semangat Anak Muda sebagai yang pertama yang aku beli  kerana minat aku sendiri, dan bukannya arahan dari pihak sekolah untuk lulus peperiksaan Bahasa Malayu. Tetapi setelah aku membaca di ruangan komen berkenaan pelbagai masalah dan kecelaruan saudara Nami berkenaan penyediaan dan penghantaran buku itu pada masa tersebut, aku pendamkan semula keinginan itu.