Sunday, August 13, 2017

KEMBALI HIDUP



Tenggelam,
Kanan dan kiriku hanya gelap,
Satu persatu buih nafas ku terapung,
Menuju permukaan hakikat.

Aku pasrah,
Aku biarkan tubuhku terus tenggelam,
Perlahan-lahan,
Menuju dasar kehampaan.

Lalu aku terlihat cahaya,
Ia benderang hingga ke dasar,
Menyuluh aku yang sekarat,
Menyemangati semula sukma yang tak berdaya.


Tapi,
Dalam menuju ke permukaan,
Aku melihat cahaya itu mulai goyah,
Berkelip lemah seperti kehabisan daya.

Aku gusar,

Belum pun sampai aku di permukaan,
Cahaya yang ditujui hilang,
Dunia ku kembali gelap, kelam dan suram.

Waktu keheningan itulah,
Aku melihat satu tangan mulus menghulur,
Tanpa ragu,
Aku terus menyambut,
Dengan erat aku memaut.

Setiba dipermukaan,
Aku melihat DIA tersenyum,
Sungguh ramah bersama keindahannya,
Dan aku?
Aku kembali hidup.

Monday, March 2, 2015

BOLASEPAK - ANTARA GHAIRAH DAN EMOSI



Sabtu 28 Feb 2015 - Aku mulakan hari aku macam lelaki macho yang lain, bangun pagi solat subuh, lepas selesai aku layankan pulak 'Notification' facebook gune henpon lenovo murah aku ni, aku tinjau dan aku amati satu-satu, mane yang aku rase nak balas aku balas, kalau tak pun aku tekan butang 'Like' je. Habis menerawang dalam alam maya aku ke tandas, uruskan aktiviti 'pelaburan' yang rutin bagi aku. Dulu aku penah di ceramah oleh seseorang tentang 'pelaburan' ni atau kata umumnya berak, kalau kita selalu dapat buat waktu pagi ianya sesuatu yang bagus untuk permulaan hari. Sebab ape aku tak ingat, sebab mase ni aku dah flush dah pun sume bahan buangan aku, duduk dalam tandas lame-lame pun bukannye syok sangat.

Lepas aku dah sucikan diri, aku on PC kesayangan aku pulak, aku halakan tetikus aku di ruangan carian google, dan aku taip 'PENCURI MOVIE', rupenye ade citer baru, Night At The Museum - Secret Of The Tomb, aku download dan lepas selesai, aku layan movie, kadang-kadang dalam pertengahan asyik menonton tu mak aku panggil mintak tolong dia buat keje, sebagai anak lelaki dan  macho mestilah aku tolong beb, Mak kita tu, Syurga tu kan dibawah telapak kaki ibu. Ko taknak masuk syurga ke yang malas-malas ni?

Dah habis tengok movie aku menerawang balik kat Facebook, dan akhirnya baru aku teringat yang hari ni perlawanan peringkat kedua Piala FA, yang mana pasukan kesayangan aku SELANGOR akan menentang musuh badi dari tahun lepas KL Felda United FC. Entah ape yang 'KL' pun aku taktau, ke KL ni dulu tanah Felda jugak? Ah lantak dorang nak letak name ape pun, bukannya aku boleh buat ape. Aku terjah satu-persatu laman-laman (Pages) penyokong tegar SELANGOR, masing-masing dah up Poster, dah sibuk war-warkan game yang akan berlangsung 8.45 malam nanti, Ultrasel Curva jangan cerita la, sume subgroup dorang dah start cari jalan dan mengumpul bala tentera masing-masing untuk perlawanan tu nanti.

Poster Dari Subgroup Ultrasel - UKOM


Dan, akhirnya malam pun tiba, setelah mengirim tiket dekat jiran aku yang rajin pegi beratur pukul 10.00 pagi dekat Stadium Selayang, dan petangnya kene hantar dan teman mak aku pulak ke pasar borong selayang, akhirnya aku sampai di stadium. Aku park motor aku kat tempat biasa aku park motor, tak sesak dan yang paling penting selamat, sebab ada CCTV. Kat mane? rahsia, aku sorang je tau, kalau aku bagitau korang susahlah aku nak park motor lepas ni.

Sunday, January 6, 2013

KANCAH LIGA SUPER MUSIM 2013

Ianya bakal bermula....



Sekali lagi..tahun ini...Liga paling berprestij di muka bumi Malaysia...akan bermula.  Liga Super musim 2013. Pelbagai rombakan telah dibuat, banyak pemain baru yang telah dipancing, pelbagai taktikal telah dicuba semasa perlawanan-perlawanan persahabatan......hakikatnya...hanya tempoh 90 minit bagi setiap perlawanan yang bakal berlangsung, yang akan menentukan segalanya, samada pelaburan yang dibuat berbaloi atau pun sekadar menjadi ejekan dan cacian para pemerhati dan pihak lawan.

Ayuh semua rakyat MALAYSIA.  Tutup tv anda, pergilah ke stadium-stadium yang berdekatan anda, sokonglah pasukan yang anda gemari.  Ini liga kita.  Inilah nadi sebenar bolas sepak Malaysia.  Saya seru dari setiap pelusuk tanah air, dari utara ke selatan, timur ke barat, bahkan di Borneo sekali pun, mari memeriahkan liga kita semula.  Liga Kita Wajah Kita.


Sunday, November 25, 2012

JIWA & RAGAKU UNTUKMU MALAYSIA


Sorotan Perlawanan Pertama Malaysia VS Singapura Dalam Kumpulan B :

1) Jumlah penonton yang hadir ke SNBJ memuaskan. 

2) Jumlah Komrad Ultras Malaya bertambah lebih daripada biasa.

3) Tifo dari Komrad Ultras Malaya dan Ultras Negeri yang sangat luar biasa.

4) Suara Ultras Malaya lebih jelas kedengaran.

Saturday, October 20, 2012

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2012

ANTARA KELANTAN FA DAN ATM FC..


PASUKAN MANAKAH YANG AKAN MEMENANGI PIALA KEJOHANAN TERTUA DI ASIA?? SAMA-SAMA KITA NANTIKAN DEBARANNYA MALAM INI.

p/s: Siaran langsung di TV1 dan Astro Arena