Monday, March 2, 2015

BOLASEPAK - ANTARA GHAIRAH DAN EMOSI



Sabtu 28 Feb 2015 - Aku mulakan hari aku macam lelaki macho yang lain, bangun pagi solat subuh, lepas selesai aku layankan pulak 'Notification' facebook gune henpon lenovo murah aku ni, aku tinjau dan aku amati satu-satu, mane yang aku rase nak balas aku balas, kalau tak pun aku tekan butang 'Like' je. Habis menerawang dalam alam maya aku ke tandas, uruskan aktiviti 'pelaburan' yang rutin bagi aku. Dulu aku penah di ceramah oleh seseorang tentang 'pelaburan' ni atau kata umumnya berak, kalau kita selalu dapat buat waktu pagi ianya sesuatu yang bagus untuk permulaan hari. Sebab ape aku tak ingat, sebab mase ni aku dah flush dah pun sume bahan buangan aku, duduk dalam tandas lame-lame pun bukannye syok sangat.

Lepas aku dah sucikan diri, aku on PC kesayangan aku pulak, aku halakan tetikus aku di ruangan carian google, dan aku taip 'PENCURI MOVIE', rupenye ade citer baru, Night At The Museum - Secret Of The Tomb, aku download dan lepas selesai, aku layan movie, kadang-kadang dalam pertengahan asyik menonton tu mak aku panggil mintak tolong dia buat keje, sebagai anak lelaki dan  macho mestilah aku tolong beb, Mak kita tu, Syurga tu kan dibawah telapak kaki ibu. Ko taknak masuk syurga ke yang malas-malas ni?

Dah habis tengok movie aku menerawang balik kat Facebook, dan akhirnya baru aku teringat yang hari ni perlawanan peringkat kedua Piala FA, yang mana pasukan kesayangan aku SELANGOR akan menentang musuh badi dari tahun lepas KL Felda United FC. Entah ape yang 'KL' pun aku taktau, ke KL ni dulu tanah Felda jugak? Ah lantak dorang nak letak name ape pun, bukannya aku boleh buat ape. Aku terjah satu-persatu laman-laman (Pages) penyokong tegar SELANGOR, masing-masing dah up Poster, dah sibuk war-warkan game yang akan berlangsung 8.45 malam nanti, Ultrasel Curva jangan cerita la, sume subgroup dorang dah start cari jalan dan mengumpul bala tentera masing-masing untuk perlawanan tu nanti.

Poster Dari Subgroup Ultrasel - UKOM


Dan, akhirnya malam pun tiba, setelah mengirim tiket dekat jiran aku yang rajin pegi beratur pukul 10.00 pagi dekat Stadium Selayang, dan petangnya kene hantar dan teman mak aku pulak ke pasar borong selayang, akhirnya aku sampai di stadium. Aku park motor aku kat tempat biasa aku park motor, tak sesak dan yang paling penting selamat, sebab ada CCTV. Kat mane? rahsia, aku sorang je tau, kalau aku bagitau korang susahlah aku nak park motor lepas ni.


Ini Tiket Bola...penah tengok tak?
Aku dapat masuk ke stadium kira-kira jam 8.30 malam, punyelah sesak mase nak masuk tu, tapi alhamdulillah, berkat pengalaman ke stadium beberapa kali, aku dapat menyelit antara penyokong merah kuning tu tanpa perlu aku menunggu lama. Aku menuju ke teres penyokong paling fanatik dan termacho antara penyokong-penyokong yang ada dalam stadium tu, semestinya bukan SSFC la, aku ke teres dimana anak-anak muda yang gemar memberontak dan membawa corak sokongan yang lebih meriah, tersusun dan kadang-kadang sedikit liar tetapi munasabah. Ya UltraselCurva, malam itu aku bersama mereka, dan malam itu sebenarnya merupakan perlawanan pertama yang aku tonton secara langsung di stadium akibat hal-hal kerja dan peribadi yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Perlawanan bermula, separuh masa pertama hambar, tiada gol, pasukan Selangor dan Felda berganti-ganti membuat serangan ke gawang masing-masing, ada yang bahaya, ada yang kelaut. Mula jer separuh masa kedua Selangor kene 2-0, satu dari penalti yang mana keputusan penalti tu pun diragui, dan satu lagi gol padang hasil serangan balas pantas pasukan Felda yang mana ianya berpunca dari kelekaan pasukan selangor yang sebok melancarkan serangan mencari gol penyamaan. Mase tu setiap emosi komrad ultraSel mulai goyah, tapi sang Capo bijak mengalihkan perhatian komrad dengan mengepalai sorakan (juga makian keatas Pengadil) dan terus-menerus mengajak komrad meniupkan semangat untuk pemain Selangor di atas padang. Hasilnya, sebelum tamat 90 minit, selangor dapat menyamakan kedudukan 2-2, dia punye meriah kat Curva tu jangan cerita la. Nak tau kene join dulu, baru dapat rasa.

Perlawanan masuk kemasa tambahan, ianya semakin rancak kerana kedua-dua pasukan bertungkus-lumus mencari gol kemenangan walau diselang-seli dengan beberapa insiden kekasaran dan pemain Felda yang mengada-ngada, sikit-sikit kejang, sikit-sikit terbaring, pijak telur sekor-sekor baru tau. Lepas tu Andik kene kad merah, yang aku rasa semua penyokong Selangor pun tak setuju dan bertambah marah dengan keputusan Pengadil malam tu. Perlawanan pun masuk ke penentuan sepakan penalti, dan yang kurang bestnya, sebelum penyamaan kedudukan tadi, Selangor membuat pertukaran penjaga gawang dengan menggantikan Norazlan Razali yang mulai gugup dan hilang keyakinan dengan Syamim si gempal yang mana ramai penyokong pasukan Selangor sendiri pun tak yakin dengan keupayannya.

Tapi Syamim malam itu bukanlah Syamim yang dulu, Syamim yang dibenci sudah menebus kesalahannya dengan menjadi wira Selangor dan seluruh penyokong The Red Giant pada malam itu. Malam itu, Selangor menang dengan keputusan sepakan penalti 4-2. Maka pulang kehampaan la penyokong Felda, kempunan la mereka nak naik bas percuma lagi untuk perlawanan Piala FA seterusnya. Kemenangan diaraikan, para komrad berpelukan, saling memberikan salam, kemenangan disambut dengan sangat meriah, penuh ghairah dan emosi, dan ianya berjalan selama beberapa puluh minit selepas tamat perlawanan. Para pemain datang menunjukkan perhargaan, begitu juga sang Jurulatih Mehmet, inilah yang kita dapat apabila kita berjuang bermati-matian untuk menjaga maruah pasukan, kepuasan yang hanya difahami bagi mereka yang turun berjuang bersama secara ikhlas didalam maupun di luar padang.

Syamim sebak. credit gambar Dunia Sukan Online


Sampai jumpa di perlawanan berikutnya. Selangor Sampai Mati.

gambar credit Asiana.my


No comments:

Post a Comment