Tidak diragukan buku yang dihasilkan oleh saudara Nama Nami
ini sangat berilmiah dan berguna sebagai pengetahuan am bagi semua peminat bola
sepak malaysia (merujuk dimana ianya diterbitkan dan bahasa yang digunakan)
baik yang menyokong parti merah berkeris mahupun parti hijau berbulan putih.
Mengapa saya berkata begitu kerana ianya terbukti, dengan bolasepak kita boleh
ketepikan dahulu perbezaan fahaman politik, siapa yang rasuah siapa yang tidak
(kecuali FAM!!), siapa kafir dan siapa islam. Sebab itu ia menjadi sukan nombor satu dunia dengan peminat yang paling ramai.
Berketebalan lebih kurang sama dengan satu lagi buku terawal
terbitan Dubook Press iaitu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala
Dunia@CMTKPD versi online, setiap 20
individu atau susuk, perkataan yang digunakan oleh saudara Nama Nami di dalam
buku ini, diceritakan dan diolah dengan sangat tersusun. Setiap cerita diawali
dengan serba sedikit biodata susuk yang diceritakan, dimana dia membesar,
bagaimana karier bolasepaknya bermula, sedikit berkenaan apa yang berlaku
semasa berkarier dalam bolasepak dan diakhiri bagaimana karier setiap susuk
diperingkat antarabangsa. Apa yang boleh
saya simpulkan, ianya jauh lebih menarik dari anda membaca laman wikipedia atau
mana-mana laman sesawang bagi mengetahui biodata setiap susuk ini.
Saya juga amat tertarik terhadap seorang susuk yang
diceritakan oleh saudara penulis yang mana susuk ini lahir di Negara Israel,
negara yang mana kita sendiri tahu berkenaan cerita-cerita berkenaan kekejaman
pihak tentera Israel merampas tanah rakyat Palestin dan bagaimana mereka
menyiksa rakyat Palestin. Semoga pihak yang kejam mendapat balasannya. Ok dah jauh menyimpang. Yang menariknya, susuk ini bukan sahaja
beragama Islam, malah mewakili Israel diperingkat antarabangsa. Nampak disitu?? Sedang kita sibuk mencaci, mencerca
dan memaki hamun Israel, kita terlupa untuk berfikir sejenak samada apa yang
kita tahu itu sudah cukup untuk kita melabel dan merumuskan kesemua rakyat
hingga ke pemerintah Israel itu sama-sama jahat dan sama-sama kejam? Beli dan
baca buku ini dan cari susuk yang saya maksudkan dan hayati sebaiknya.
Terdapat juga beberapa susuk lain yang menarik perhatian
saya, seperti seorang susuk ini yang
mengaku beliau seorang islam tetapi tidak mengamalkannya. Siapa dia?? Sekali lagi saran saya, beli dan
baca buku ini. Anda pasti tidak berasa
rugi dengan membelanjakan sedikit wang anda bagi membeli buku seperti ini.
Akhir kata, diharap abang dubook dapat mengurangkan tahap
gurauannya kerana pada waktu itu, saya sudah mengeluarkan duit yang berjumlah
agak besar hasil dari rujukan awal berkenaan harga yang diterbitkan di laman
facebook, dan kini mengalami kesukaran mengawal nafus agar tidak menggunakan
lebihan duit ini ke tempat yang sia-sia.
Takbir!!!
No comments:
Post a Comment