28 JUN 2012 – Tarikh keramat ni merupakan waktu aku
dilahirkan oleh ibu yang sangat aku sayangi.
Lebih tepat adalah sekitar jam 7:00 malam iaitu sedang ibu bapa orang lain sedang sibuk menyuruh anak-anaknya masuk kerumah kerana sudah senja, aku pula sibuk ingin keluar, dan aku pasti aku tidak dilahirkan di hospital, kerana di surat beranak tidak tercatit mana-mana nama hospital, yang ada cuma "Kampung Sungai Puteh, Ampang, Selangor" yang mengisi ruang "tempat lahir" surat beranak aku. Memang sangat tak tau sabar.
Kini aku dah semakin dewasa, sudah 24
tahun aku hidup, tekun menjalani
kepingan cerita yang disusun oleh-Nya dengan redha. Seperti biasa, aku yakin yang hari lahir aku
tahun ni sama seperti tahun-tahun yang sudah, tak akan ada yang baru. Ucapan melalui facebook oleh teman-teman yang
peduli, ucapan dari pesanan ringkas, dan juga salah seorang kawan yang dari
awal remaja memang telah jadi bahagian hidup aku. Oh lupa, juga ucapan dari syarikat
telekomunikasi. Terima kasih. Anda memang sangat prihatin.
Mujur kawan aku yang aku ceritakan tadi belikan sepotong
kek, jika tak, memang tak ada yang istimewa dalam sambutan hari lahirku yang
saban tahun jika sampai tarikh ni, rutin yang aku lakukan cuma baring seperti
posisi tidur lalu memandang keatas, dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana masih meminjamkan aku
nyawa buat meneruskan hidup di muka bumi ini. Dan lepas tu terus masuk
tidur. Lebih parah lagi, aku pernah lupa
tarikh hari lahir sendiri. Mungkin
implikasi akibat nak sangat keluar pada waktu senja.
Tapi tahun ini ada yang berbeza. Aku dapat hadiah. Hadiah woi..!!Aku tak berapa ingat bila kali
terakhir waktu hari lahirku, aku diberi hadiah.
Jujur memang aku tak ingat (sebab tak selalu dapat). Tapi tahun ni pasti akan aku ingat kerana
hadiah ini bukan dari sembarangan orang. Hadiah tersebut merupakan pemberian orang yang pernah menyiramkan air
kasih yang berbenih sayang keatas hati kontang milik aku. Nama panggilannya singkat, tapi sangat
terkesan bagi aku dan masih mendatangkan getar jika aku menyebutnya. Bahkan ucapan dari dia-lah yang aku
tunggu-tunggu. Biar beribu yang memberi
ucapan, tapi jika tiada ucapan dari dia, umpama tak lengkap ulang tahun hari
lahirku, umpama kek hari jadi tanpa lilin hari jadi.
Sangat biasa diluar, tapi penuh makna didalam.. |
Terima kasih awak.
Sebab awak dah membuatkan ulang tahun kelahiran saya tahun ini lebih istimewa dari
tahun-tahun sebelumnya. Tak lupa juga
kepada kawan-kawan yang sama-sama memberi ucapan hari jadi kat aku. Korang semua akan aku ingat sampai bila-bila.
for the lovely gift you sent.
I hope it helps to tell you
just how much it meant.
Thank you much more
Than a greeting can say,
Because you were thoughtful
In such a nice way!
Not what we give,
But what we share,
For the gift
without the giver
Is bare.
No comments:
Post a Comment