Saturday, July 21, 2012

MEMBERSIHKAN SEBELUM BERSAWANG

Salam Ramadhan,

Dah lama jugak rasenye aku tak menulis sekaligus berkongsi ape yang aku lalui dan aku rasa dalam hidup aku sepanjang waktu, hari, dan minggu-minggu yang aku tempuh sebelum ini. Ada cerita pasal persatuan bola yang bacul @ pondan yang pada masa yang sama di permainkan dan diperbodohkan oleh persatuan negara yang satu lagi di pentas antarabangsa.  Marah. Ya, marah itu memang ada.  Tapi, kita sendiri tahu tahap ke-profesionalan dan cara kerja puak-puak ni macam mana. Macam beruk. Beruk mane reti buat keje. 

Gambar Diambil Dari Page PFSLJ

Tak. Aku tak nak citer pasal puak-puak beruk ni pun. Ini cuma salah satu perkara yang berlaku di Malaysia yang mana menarik perhatian aku pada hari-hari sebelumnya.


Lepas tu penyokong nombor satu kelantan, iaitu tok jib kita buat satu program, 1M4U atau nama panjangnya 1Malaysia For Youth. "Tapi bukan kalo disingkatkan jadi 1MFY ke??". Aku pun fikir mcm tu jgk, tapi setelah aku selidik, mungkin singkatan nama program ini sendiri dipilih sebegitu bagi memudahkan budak remaja dan belia ni faham, kan penggunaan bahasa harian anak-anak muda sekarang ni ringkas-ringkas macam tu, ala korang faham-faham jela.

Tapi yang tak best pasal program kt KLCC ni, belia-belia ni datang kebanyakkan bukan betul-betul dengan rela hati nak sertai program 1M4U ni.  Mungkin ada. Tapi tak ramai.  Aku tengok kawan-kawan aku yang pergi (atau disenaraikan perlu pergi) pun sebenarnye seronok sebab dapat baju percuma, topi percuma, helmet percuma, makan KFC percuma.  Tak pun, mungkin ade yang datang sebab nak beli tiket perlawanan Manchester City yang dijual RM10 pade mase tu (mane nk dapat bro harge gini..)  Jadi, korang rase boleh sampai ke mesej sebenar PM kita yang nak menggalakkan golongan belia atau muda ni lebih melibatkan diri dalam program-program kesukarelawan???

Tak, aku bukan Pro-Pembangkang, bukan juga Budak Keris Tak Bersarung.  Aku cuma berasa ada yang tak kena berkenaan dengan keberhasilan mesej yang cuba disampaikan melalui program ini samada dapat dihayati oleh para belia atau ianya pembaziran semata-mata.

Takpelah.  Sekarang ni pun dah masuk bulan Ramadhan.  Jadi sama-samalah kita perbaiki diri kita masing-masing.  Ya, entri kali ni kurang menarik sebab aku pun ketandusan idea nak menulis. Itu yang aku biar bersawang blog aku ni.

Ok.  Selamat beribadah di bulan Ramadhan.  



No comments:

Post a Comment