Friday, June 15, 2012

PENYOKONG BOLASEPAK SEBERANG, SESUATU YANG BOLEH KITA CONTOHI..


 Slemania

Bolasepak atau sepakbola seperti yang disebut disana adalah kegilaan bagi setiap rakyat Indonesia.
Tapi bukan kegilaan atau kefanatikan itu yang aku nak cerita kt sini. Tetapi tentang keberhasilan kelompok-kelompok penyokong tegar itu membina imej mereka seterusnya memberikan sokongan dan tetap berdiri teguh bersama pasukan atau kelab masing-masing tidak kira apa jua keadaan.  Walaupun di peringkat nasional, pasukan negara dan pengurusan mereka mengalami pelbagai masalah (lebih kurang FAM jgk...).

Kita disini mungkin kenal siapa itu Ultras Malaya, sape tak kenal memang sahih tak penah pegi stadium kalo ade game malaysia. Mereka ini merupakan kelompok penyokong tegar bagi pasukan Harimau Malaya yang berdiri teguh tak kira bangun atau jatuhnya pasukan kebangsaan kita (bukan ni jugak yang aku nak citer sebenarnye..).

Jadi ape yang ko nak citer sebenarnye wei??!!.



Ok. Senang citer aku tunjuk gambar dulu...bawah ni adalah The Jak, penyokong pasukan Persija Jakarta.

 

Owh ye..sebelum aku terlupe. Gambar paling atas tu adalah Slemania, penyokong bagi pasukan PSS Sleman. Ok kite teruskan dengan Viking, iaitu penyokong pasukan Persib Bandung.



Dah nampak ke ape yang aku cube sampaikan??belum lagi??takpe kite teruskan dengan gambar seterusnya. Mereka ini pula adalah Persik Mania, pendukung (penyokong) bagi pasukan Persik Kediri.



Cukup la tu 4 gambar dari 4 pasukan yang aku pilih secara rawak ni. Nanti banyak sangat kate aku agung-agungkan bolasepak seberang pulak. Sebenarnye, ape yang aku cube sampaikan adalah dari segi pemakaian mereka, kalo korang boleh nampak, dorang kat sane cenderung memakai baju yang same warna dengan warna jersey pasukan sokongan masing-masing. Mungkin disebabkan ini, kelompok-kelompok mereka lebih mudah diterima oleh penyokong neutral yang lain dan seterusnya menyertai mereka. 

Jadi ape kaitan pulak dengan pergerakan ultras kat malaysia ni??

Seperti yang kite tahu (kalo korang pun tahu la bende ni..), pergerakan ultras kat malaysia ni dibawa oleh Ultras Malaya atau UM07, dan ianya masih terlalu baru bagi rakyat malaysia sendiri iaitu baru bertapak sekitar 5 tahun. Tetapi dalam 5 tahun inilah juga munculnya beberapa kumpulan kecil (mereka juga sebenarnya dari UM07) memulakan budaya ultras yang memberikan sokongan bagi pasukan negeri masing-masing.

So??ape yang ko cube sampaikan??

Ape yang aku cube sampaikan adalah, pergerakan Ultras kat Malaysia ni sepertinya mencedok habis-habis imej UM07. Cube lihat dari segi pemakaian, lebih kurang same jer, iaitu berbaju hitam. Dari Brigate Giolloblu : ultras Perlis(jgn tanye aku kenape dorang gelar name dorang mcm ni, sebab aku pun kurang pasti..),  ke Ultras Kenari : Kedah,  ke Ultras Panthers : Pulau Pinang,  menyambung ke Silvermani@Silver State Ultras : Perak, ke  UltraSel : Selangor (aku penah join dorang ni...pendek kate syok habis!!),  masuk ke KL City Ultras : Kuala Lumpur,  hingga ke Ultras Nogori : Negeri Sembilan,  pastu ke Ultras Taming Sari : Melaka,  lepas tu pulak  ke The Red Mania : Kelantan,  dan Ultras Tranung : Terengganu, serta lain-lain (korang pegi carik sendiri yang lain-lain ni..) imej mereka adalah lebih kurang SAMA. Iaitu berbaju hitam (kadang kala tak berbaju..) dan yang membezakan mereka cume warna mafla.

Ya. Baju tak penting yang penting semangat menyokong. Betul aku setuju. Tapi bayangkan kalo ultras-ultras negeri kt Malaysia ni mempunyai imej mereka sendiri dari segi warna pakaian. Bukan ke lagi warna-warni liga kita, dan fakta, manusia sangat mudah tertarik dengan warna-warna yang menyerlah. Dan ya, aku tak berkuasa atau berhak dalam menentukan apa yang patut atau tidak patut bagi ultras-ultras negeri ini. Ini cume pandangan aku dan tak semestinye perlu diterima bulat-bulat. Dan aku tau, mereka masih baru, kita masih baru, tetapi tak salahkan bermula dari awal?

No comments:

Post a Comment