2011 - Setelah hampir setahun lebih aku membaca dan mengikut
penulisan saudara Nami di Teh Tarik Gelas Besar, akhirnya aku buat keputusan
untuk mencuba beli dan seterusnya membaca isi kandungan novel hasil garapan beliau
ini. Sebelum itu, aku juga pernah cuba
yakinkan diri untuk menjadikan novel Pengejar Bintang atau Bau Semangat Anak
Muda sebagai yang pertama yang aku beli
kerana minat aku sendiri, dan bukannya arahan dari pihak sekolah untuk
lulus peperiksaan Bahasa Malayu. Tetapi setelah aku membaca di ruangan komen
berkenaan pelbagai masalah dan kecelaruan saudara Nami berkenaan penyediaan dan
penghantaran buku itu pada masa tersebut, aku pendamkan semula keinginan itu.
Tapi setelah aku dapat tahu yang novel ke 3 tulisannya ini akan
diuruskan sebuah syarikat penerbitan yang terulung ketika itu, iaitu LejenPress, tanpa berlengah Maybank2u ku buka, dan segala prosedur bayaran dan
penghantaran bukti bayaran aku buat dengan pantas, meninggalkan segala kerja
pejabat yang ada.
Maka, jadilah aku salah seorang pemilik novel Awek Chuck
Taylor cetakan pertama setelah beberapa hari menunggu dengan tekun dan sabar. Tetapi
disini bukan review novel ACT yang aku ingin ceritakan. Bukan itu tuan-puan.
Tetapi aku ingin ceritakan bagaimana novel ACT ini
membuatkan aku seterusnya membaca novel-novel dan buku-buku yang lain. Kata
orang first impression itu penting, dan ya, novel ACT memang memainkan peranannya
dengan sangat baik dalam mengenalkan aku dalam dunia dan hobi sampingan baru
aku saat ini, iaitu membaca. Susunan cerita yang digarap dengan baik oleh sang
penulis membuatkan aku mulai minat untuk terus membaca. Walau pada mulanya aku
sangat tidak berpuas hati dengan kualiti cetakan novel yang sampai, (Kulit
belakang renyuk dan seperti ada sisa tumpahan air yang sudah kering di beberapa
muka surat terakhir) tapi setelah tamat membaca, aku memujuk hati bahawa
pembelian ini sangat berbaloi dan ianya sangat berharga.
Kini sedar tak sedar bermula dengan langkah pertama novel
ACT, aku sudah membaca dan memiliki lebih kurang 40 lebih bahan bacaan berbagai
jenis dari buku agama, novel, buku-buku ilmiah, pidato, sukan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment