Saturday, October 13, 2012

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2012


Banyak yang boleh diperkatakan berkenaan perlawanan ini semalam.  Dari pemain hingga ke penonton, penyokong dan Ultras-Ultrasnya.  Tidak dinafikan kelantan sememangnya layak bermain dipentas Final Piala Malaysia tahun ini.  Sememangnya pasukan Kelantan layak digeruni oleh semua pasukan bolasepak di Malaysia ketika ini.  Mereka telah memperlihatkannya dengan memenangi banyak perlawanan pada musim ini dan kemenangan Piala Liga Super dan Piala FA untuk tahun 2012 adalah bukti kukuh mengapa mereka layak digelar pasukan nombor satu di Malaysia saat ini.

Dengan kejayaan menumpaskan Selangor di perlawanan separuh akhir, dan membawa rekod cemerlang untuk bertemu pasukan ATM di pentas akhir Piala Malaysia 2012, Kelantan di lihat menjadi pasukan pilihan untuk memenanginya sekali lagi sejak kali pertama memenanginya pada tahun 2010.

Berbalik kepada perlawanan malam tadi.  Selangor dilihat garang pada babak-babak pertama perlawanan, tetapi kembali lesu dan kerap kehilangan bola pada perlawanan separuh masa kedua dan akhirnya dihukum dengan jaringan gol Mohd Ghaddar dan Baddri Radzi.  Disini, tidaklah saya mahu mengulas berkenaan taktikal mahupun strategi yang sepatutnya digunakan oleh barisan kejurulatihan Selangor kerana saya pasti mereka lebih arif dan pakar berkenaan perkara itu.



Apa yang ingin saya sentuh, dari pengamatan saya semalam, penonton, penyokong dan Ultras Kelantan-The Red Mania semakin matang dan dilihat telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan pasukan Kelatan bukan sahaja pada perlawanan semalam, malah pada perlawanan-perlawanan lain sebelum ini. Mengapa dibahagikan antara penonton, penyokong dan Ultras??? Disini jika anda dapat lihat, dibahagian teres-teres penyokong pasukan Selangor ia sebenarnya terbahagi kepada 3 kumpulan/golongan ini juga, cuma kerenahnya berbeza.  Pertama, kumpulan "Penonton". Kumpulan ini saya lihat lebih kepada cuma ingin menonton perlawanan ibarat menonton wayang, dan sekiranya tontonan menarik (menang), mereka sorak, jika tontonan kurang menarik (ketinggalan@kalah), botol-botol minuman dan segala macam objek pula akan dilontarkan, tapi burger dan kuaci mereka tetap habiskan (mahal weii..).

Kumpulan kedua, "Penyokong".  Ambil contoh pasukan Selangor.  Penyokong selangor ini ada yang datang secara rombongan dari sesebuah kawasan, mengecat muka, membawa sepanduk dan bendera, membawa awek, membawa gendang dan sebagainya.  Tapi sokongan mereka lebih kepada, "haraplah muka aku masuk tv malam nih".  Sebab apa.  Apabila pasukan Selangor ketinggalan 1-0 hasil jaringan M.Ghaddar, mereka-mereka ini saya lihat secara rombongan juga, meninggalkan tempat duduk dan keluar awal dari stadium.  Ini tidak sepatutnya terjadi.  Inikah penyokong Gergasi Merah Kuning yang mengatakan "Kitorang dah menang 32 kali la wei!!".  Oleh kerana kita sudah kerap kali ke Final, dan pada suatu masa kita kalah dan pada suatu masa kita pernah memenanginya, sepatutnya angka 32 itulah yang membuatkan kita semua lebih matang (Ya, saya penyokong Selangor).

Kumpulan ketiga, "Ultras".  Untuk pasukan Selangor, mereka ini digelar Ultrasel. Wujud sejak tahun 2010 dan bilangan mereka bertambah setiap tahun.  Mereka-mereka ini datang dengan elemen sokongan yang baru dan lebih segar.  Chant atau pun sorakan-sorakan selama 90 minit, dicipta khas untuk menaikkan semangat pemain, dan kesetiaan mereka merupakan antara perkara yang menarik perhatian saya.  Mereka ini sanggup bersusah payah membuat banner sendiri, membawanya ke stadium dan akhir sekali, apa yang paling mengagumkan bagi saya, mereka menangis tatkala pasukan mereka tewas di laman sendiri.  "Cinta" mereka keatas pasukan Selangor sememangnya berada di kelas tersendiri antara penyokong-penyokong Selangor yang hadir semalam.

Kita pernah mengata dan mengeji bahawa penyokong Kelantan kampung, monyet, suka main mercun, bakar kerusi dan sebagainya.  Tapi lihatlah pada perlawanan semalam.  Bunyi-bunyi mercun datangnya dari teres-teres pasukan Selangor, balingan-balingan objek datang dari kelompok merah kuning .  Adakah kita sudah mengubah corak sokongan kita semua?? Adakah dengan membaling mercun dan objek-objek ini akan membuatkan kita menjadi pasukan yang lebih bagus?? Ingin belajar cara-cara menyokong yang sebenar?? Inginkan pukulan gendang anda yang bingit dan membosankan itu tidak menjadi sesuatu yang sia-sia?? Jawapan saya, "Belajar dari Ultrasel".  Ya mereka baru, tapi mereka lebih bagus dari anda-anda semua.

Untuk Kelantan.  Tahniah kerana berjaya ke pentas Final.  Untuk Selangor.  Walaupun kalah, FAS tetap untung.  Jadi bolehlah gunakan duit itu untuk pembentukan pasukan yang lebih mantap untuk musim hadapan.  Apa?? Tidak tahu caranya?? Belajarlah dari Pengurusan Pasukan Kelantan.  Sombong dan ego tidak akan membawa anda kemana-mana.

Sekian.

No comments:

Post a Comment