28 JUN 2012 – Tarikh keramat ni merupakan waktu aku
dilahirkan oleh ibu yang sangat aku sayangi.
Lebih tepat adalah sekitar jam 7:00 malam iaitu sedang ibu bapa orang lain sedang sibuk menyuruh anak-anaknya masuk kerumah kerana sudah senja, aku pula sibuk ingin keluar, dan aku pasti aku tidak dilahirkan di hospital, kerana di surat beranak tidak tercatit mana-mana nama hospital, yang ada cuma "Kampung Sungai Puteh, Ampang, Selangor" yang mengisi ruang "tempat lahir" surat beranak aku. Memang sangat tak tau sabar.
Kini aku dah semakin dewasa, sudah 24
tahun aku hidup, tekun menjalani
kepingan cerita yang disusun oleh-Nya dengan redha. Seperti biasa, aku yakin yang hari lahir aku
tahun ni sama seperti tahun-tahun yang sudah, tak akan ada yang baru. Ucapan melalui facebook oleh teman-teman yang
peduli, ucapan dari pesanan ringkas, dan juga salah seorang kawan yang dari
awal remaja memang telah jadi bahagian hidup aku. Oh lupa, juga ucapan dari syarikat
telekomunikasi. Terima kasih. Anda memang sangat prihatin.